News Update :
Hot News »
Bagikan kepada teman!

Kestabilan: Pertandingan Pembinaan Bangunan Paling Stabil

Penulis : Cikgu Kini on Tuesday, September 15, 2015 | 6:34 AM

Tuesday, September 15, 2015

Perkongsian idea PdP Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Lyyn Ellynda dalam Group Cikgu Sains Kreatif. Idea ini boleh diguna pakai dalam proses PdP Sains Tingkatan 2 bagi topik kestabilan. Pertandingan membina bangunan paling stabil dan paling tinggi.. Pertandingan boleh dijalankan secara berkumpulan. Projek seperti ini juga boleh dijadikan sebagai pentaksiran sekolah (PS).



comments | | Read More...

Oksigen Dalam Udara

Idea sains ini dikongsikan oleh Cikgu Yunos Mohd Diah dalam group Cikgu Sains Kreatif. Aktiviti daripada Sains Tingkatan 1 ini adalah eksperimen mengenai peratusan kandungan oksigen dalam udara. Eksperimen mudah, tetapi menarik sebab pelajar dapat melihat terus perubahan aras air yang berlaku apabila oksigen dalam balang digunakan untuk proses pembakaran.



Hasil akhirnya, 1/5 daripada balang akan dipenuhi air. Ini membuktikan bahawa terdapat 20% kandungan oksigen dalam udara. Gambar di bawah ini pula dikongsi oleh Cikgu Shawany Shabir, hasil eksperimen bersama anak muridnya. Tambahan gelang getah digunakan bagi memperlihatkan peratusan kandungan oksigen dalam udara dengan lebih jelas.


comments | | Read More...

Oksigen Diperlukan Dalam Proses Respirasi

Idea PdP Sains Kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Razmin Al-Muallim. Eksperimen bagi membuktikan oksigen diperlukan dalam respirasi ini adalah alternatif kepada eksperimen seperti yang sedia ada dalam buku teks. Masalah yang dihadapi adalah kesukaran mengawal kedudukan cecair berwarna dalam tiub kapilari pada awal eksperimen dan juga eksperimen yang memakan masa hampir 3 jam. Maka youtube lah sumber bagi mendapatkan idea untuk eskperimen alternatif ini.


Binaan nya juga adalah lebih mudah. Berikut adalah susunan dari dasar tabung uji : larutan natrium hidroksida (1.0M atau lebih), kapas, dan kacang hijau yang sedang bercambah. Boleh juga gunakan serangga yang bersaiz besar bagi memberikan kesan yang hampir serupa. Kenaikan aras air boleh diperhatikan dalam tempoh satu jam. Walaupun sedikit, tetapi dapat dilihat dengan jelas.




comments | | Read More...

Kesan Haba Terhadap Isipadu Gas

Idea PdP kreatif sains ini dikongsikan oleh Cikgu Razmin al-Muallim dalam group Cikgu Sains Kreatif. Idea aktiviti adalah olahan daripada aktiviti sedia ada Tingkatan 1 dalam Bab 6 (Haba) kerana makmal yang tak cukup radas. Lebih menarik lagi sebab aktiviti boleh diulang untuk aktiviti bagi pembelajaran Tingkatan 2 untuk Bab 6 (Tekanan Udara).


Ini sedikit penjelasan yang dikongsikan oleh Cikgu Razmin bagi memudahkan guru lain memahami apa yang cuba ditunjukkannya. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan oleh beliau.


Rod kuprum dimasukkan dalam straw supaya straw tidak kemik. Rod kaca boleh digunakan. Botol plastik boleh digunakan juga. Tapi perlu dipesan kepada pelajar, supaya jangan ditekankan botol tersebut. Tujuan asal yang dikehendaki adalah untuk memerhatikan pewarna naik kerana udara mengecut, dan bukan kerana botol ditekan atau dilepas.



Tuala sejuk (direndam dalam air sejuk) diletakkan (atau dibalut) pada botol untuk menyejukkan udara dalam botol. Kalau nak dipanaskan botol, boleh guna haba tangan pun dah boleh hasilkan gelembung.
comments | | Read More...

Ketumpatan: Idea Pembinaan Kapal Selam

Idea PdP kreatif sains ini dikongsikan oleh Cikgu Mazreena dari SMK Bukit Sagu. Aktiviti bagi Sains Tingkatan 1 di bawah tajuk Ketumpatan (Sains Tingkatan 1), pelajar dikehendaki membina Model Kapal Selam. Cikgu Mazreena turut berkongsikan beberapa langkah semasa mengajar untuk aktiviti ini.


  1. Hari pertama - Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
  2. Hari kedua - pelajar dibawa ke makmal komputer bagi mencari video mengenai model kapal selam. Pelajar diminta untuk berbincang dan meluki draf. Barang yang perlu dibawa juga perlu dirancang dengan baik.
  3. Hari ketiga - aktiviti berlangsung dalam kelas lebih kurang 30 minit. Model yang siap kemudiannya duji.






Beberapa cadangan penambahbaikan juga boleh diadakan. Antaranya adalah:

  1. Mengadakan pertandingan supaya pelajar lebih bersemangat untuk menghasilkan model kapal selam yang terbaik.
  2. Tuliskan juga penerangan mengenai aplikasi konsep ketumpatan yang telah pelajar belajar. Ini membantu memudahkan pelajar semasa menjawab soalan berbentuk KBAT nanti. 

Selamat mencuba!
comments | | Read More...

Kestabilan Menggunakan Straw, Lidi dan Benang

Idea kreatif Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Nur Adilah Che Arif dalam group Cikgu Sains Kreatif. Aktiviti adalah di bawah tajuk Kestabilan dalam tingkatan 2. Dengan hanya menggunakan bahan yang mudah diperolehi, pelajar akan menggunakan straw, lidi dan juga benang untuk menguji ketahanan struktur binaan dengan menggunakan pemberat.






comments | | Read More...

Penghasilan Elektroskop Sendiri

Penulis : Cikgu Kini on Thursday, July 9, 2015 | 7:58 AM

Thursday, July 9, 2015

Idea kreatif Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Syafiqah Sophia dalam group Cikgu Sains Kreatif. Ideanya adalah membina elektroskop sendiri dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi di rumah. Idea bagi Sains Tingkatan 3, bab 7 iaitu keelektrikan. Memang terbaik idea nih. Rasanya belum pernah jumpa lagi kat mana-mana sebelum nih. Terima kasih banyak untuk perkongsian best nih.


Bina elektroskop sendiri di rumah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. Wayar kuprum
2. Aluminium foil (bentuk titisan air)
3. Botol mineral
4. Batang lolipop / straw

Cara-cara nak menghasilkannya mudah sahaja. Langkah pertama adalah set up seperti dalam gambarajah di atas. Kemudiannya uji dengan cara gosokkan sikat pada kain bulu. Jika elektroskop anda berfungsi dengan baik, anda akan dapat melihat kepingan aluminium foil tu akan mencapah.

Ok, selamat mencuba yer!
comments | | Read More...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Blog Cikgu Sains . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger