Idea kreatif Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Zaiton Mat. Eksperimen ini adalah bagi topik tingkatan 3, dengan tajuk Penyulingan berperingkat bagi petroleum. Saya berani katakan tak ramai cikgu yang berpengalaman membuat eksperimen ini bersama pelajar. Bukan kerana tak cukup ilmu, tapi mungkin kerana kekurangan bahan dan juga pengalaman.
Cikgu Zaiton juga sempat berkongsikan lagi beberapa tips dan langkah keselamatan yang boleh dipantau sebelum, semasa dan selepas eksperimen bagi membolehkan eksperimen berjalan dengan lancar, dan hasil yang memuaskan. Antaranya adalah :
1) Glass wool diletakkan dalam boiling tube
2) Untuk kondensasi, letak ice cube dalam bikar
3) Guna petroleum crude dalam 20 - 30 ml sahaja
4) Delivery tube tak boleh tinggi sangat dari gabus (nanti gas terkondensasi awal dan masuk semula dalam boiling tube)
Part yang paling best adalah apabila Cikgu Zaiton dan para pelajarnya menurunkan cop jari masing-masing atas permukaan kertas yang berjelaga tadi sebagai tanda kegembiraan sebab dah melaksanakan eksperimen ini dengan jayanya. Yeah! Yang ini saya suka!
Mudah-mudahan dengan perkongsian Cikgu Zaiton ini akan membolehkan lebih ramai murid dan guru terdedah dengan eksperimen ini. Tahniah kepada Cikgu Zaiton atas perkongsian yang hebat ini. Terima kasih!
Home »
Idea PdP Sains
,
Sains Tingkatan 3
,
Teknik Eksperimen
» Eksperimen Penyulingan Berperingkat Petroleum
Eksperimen Penyulingan Berperingkat Petroleum
Penulis : Cikgu Kini on Thursday, July 9, 2015 | 7:51 AM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Idea PdP Sains,
Sains Tingkatan 3,
Teknik Eksperimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment